Ini Bukan Cerita Buaya Darat Tapi Cerita Buaya Naik Ke Darat (Saksikan Video)

Penduduk Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau di sini gempar apabila seekor buaya naik ke darat hingga menghampiri kawasan rumah penduduk tempatan.

Kejadian berlaku pada awal pagi semalam (Isnin).

Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di tepi terusan tersebut.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pasukannya telah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan tersebut.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kehadiran buaya tersebut dan usaha menjejakinya tidak berjaya.





Menurut Perhilitan Perak, pihaknya sudah meletakkan papan tanda amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Orang ramai juga diminta supaya tidak bertindak sendirian sekiranya kejadian yang sama berulang kembali.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker