Koeman pertahan taktikal serangan
Koeman pertahan taktikal serangan
MADRID: Ronald Koeman mempertahankan percaturan taktikalnya selepas didakwa mengkhianati tradisi serangan Barcelona ketika seri 1-1 di laman sendiri menentang Granada.
Koeman memasukkan Gerard Pique di pertengahan permainan untuk bergandingan dengan Luuk de Jong, manakala Ronald Araujo, seorang lagi pertahanan tengah, juga diletakkan dalam barisan serangan dalam usaha Barca mencari gol penyamaan.
Araujo akhirnya menanduk masuk gol penyamaan dalam masa kecederaan selepas Domingos Duarte meletakkan Granada di depan pada awal permainan.
“Kami menukar corak kami sedikit. Ruang terbuka di bahagian tepi, bukan di tengah.
“Kami menggunakan Pique, De Jong dan Araujo, dan salah satu daripada hantaran lintang mereka menghasilkan keputusan seri,” kata Koeman.
Kedudukan Koeman mula goyah selepas kekalahan 3-0 di laman sendiri kepada Bayern Munich dalam aksi Liga Juara-Juara.
Selepas seri dengan Granada, peminat bertambah kecewa apabila menyaksikan corak permainan Barcelona diterapkan Koeman.
“Jika anda lihat senarai pemain, apa yang anda akan lakukan? Bermain tiki-taka? Tiki-taka apabila tiada ruang?
“Kami melakukan apa yang perlu. Kami cuba menang dengan cara lain. Saya tidak akan cakap apa-apa lagi kerana semuanya dipersoalkan,” katanya. – AFP
Koeman pertahan taktikal serangan
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/21/polis-tumpas-sindiket-curi-lori-tahan-3-individu/