Mahkamah EU denda Poland 500,000 setiap hari

Mahkamah EU denda Poland 500,000 setiap hari
LUXEMBOURG: Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memerintahkan Poland membayar denda 500,000 euro (RM2.458 juta) setiap kepada Brussels sehingga lombong arang batu terbesar negara itu ditutup.
Warsaw diberitahu oleh mahkamah pada Mei lalu untuk menangguhkan pengambilan lignit di lombong terbuka Turow selepas Republik Czech mengadi ia membahayakan alam sekitar merentasi sempadan dan melanggar undang-undang EU.
Namun, kerajaan Poland enggan mematuhinya atas alasan ia akan menjejaskan keselamatan tenaga negara kerana ia menggerakkan tenaga stesen janakuasa yang menyediakan sekitar tujuh peratus bekalan elektriknya.
Bagaimanapun, menerusi keputusan semalam, jurucakap kerajaan Poland, Piotr Muller, menegaskan bahawa Warsaw tidak akan menutup lombong KWB Turow.
Sebarang penutupan akan membawa kesan negatif terhadap keselamatan tenaga bagi berjuta-juta penduduk Poland dan seluruh EU.
Jun lalu, Prague meminta Mahkamah Kehakiman EU menjatuhkan hukuman denda kepada Poland sebanyak lima juta euro (RM24.5 juta) sehari kerana gagal menghentikan pengeluaran di lombong.
Kerajaan kedua-dua negara juga memulakan perbincangan rasmi mengenai masalah itu dan berjanji akan mencapai kesepakatan.
Jerman dan Republik Czech turut membuat aduan mengenai lombong itu dan usaha memperluaskannya dirancang dengan mengatakan ia akan menyebabkan peningkatan tahap kebisingan dan debu di kawasan itu.
Kumpulan tenaga terbesar Poland, PGE, yang memiliki lombong dan kilang beroperasi sejak 1904 dengan menggaji 4,000 orang itu merancang untuk melombong arang batu di Turow hingga 2044.
Poland bergantung pada arang batu untuk memenuhi hingga 80 peratus dari keperluan tenaganya tetapi berjanji untuk mengembangkan sumber tenaga hijau.
Ia bersetuju menutup lombong terakhirnya pada 2049, sesuai dengan sasaran pengurangan pelepasan yang ditetapkan oleh EU. – AFP
Mahkamah EU denda Poland 500,000 setiap hari
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/21/biden-ulangi-pendirian-kerjasama-erat-dengan-pbb/