Pemberontak Cameroon bunuh 15 askar, orang awam

Pemberontak Cameroon bunuh 15 askar, orang awam

Pemberontak Cameroon bunuh 15 askar, orang awam

YAOUNDE: Kira-kira 15 askar dan beberapa orang awam terkorban dalam dua serangan di wilayah barat Cameroon yang sedang bergolak akibat kempen pemisah.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, pengganas bersenjata menyerbu konvoi pasukan elit di Bamessing di wilayah barat laut pada 16 September lalu.

“Dengan menggunakan IED (peledak buatan sendiri) dan peluncur roket anti-meriam, pemberontak melumpuhkan kenderaan (dalam konvoi) sebelum melepaskan tembakan,” menurut kenyataan itu.





Sementara itu, IED lain digunakan bagi menyerang konvoi tentera di Kumbo, di wilayah sama pada 12 September lalu.

Barat Cameroon berada dalam konflik selama empat tahun, dicetuskan militan yang menuntut kemerdekaan untuk dua wilayah utama yang penduduknya bertutur dalam bahas Inggeris di negara dengan majoritinya menggunakan bahasa Perancis.

Lebih daripada 3,500 orang terbunuh dan lebih dari 700,000 orang meninggalkan rumah mereka serta menjadi pelarian.

Kumpulan hak asasi mengatakan penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh kedua-dua pemisah dan tentera.

Kementerian Pertahanan menyatakan berkata hubungan dan pertukaran senjata canggih antara pengganas pemisah dan entiti pengganas lain yang beroperasi di luar sempadan, termasuk kumpulan fundamentalis. – AFP





Pemberontak Cameroon bunuh 15 askar, orang awam


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/21/biden-ulangi-pendirian-kerjasama-erat-dengan-pbb/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker