Pemotong rumput didakwa rogol adik ipar 12 tahun
Pemotong rumput didakwa rogol adik ipar 12 tahun
KUALA TERENGGANU: Seorang pemotong rumput mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merogol adik iparnya berusia 12 tahun.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh berusia 36 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bilik di Marang, jam 9 malam pada Februari lalu.
Tertuduh turut mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di lokasi sama antara 20 hingga 31 Julai lalu.
Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 24 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi sepanjang prosiding berlangsung.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam Che Amir Che Musa.
Pemotong rumput didakwa rogol adik ipar 12 tahun
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/21/biden-ulangi-pendirian-kerjasama-erat-dengan-pbb/