Pengurus besar syarikat pengeluar kereta direman bantu siasatan kes rasuah

Pengurus besar syarikat pengeluar kereta direman bantu siasatan kes rasuah

Pengurus besar syarikat pengeluar kereta direman bantu siasatan kes rasuah

PUTRAJAYA: Seorang pengurus besar syarikat pengeluar kereta ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai ratusan ribu ringgit daripada sebuah syarikat kereta terpakai.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 26 September itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Menurut sumber, rasuah itu diberikan kepada pengurus berkenaan sebagai balasan kerana membantu memperoleh kereta untuk dijual di bawah harga pasaran dan tanpa mengikut prosedur.





“Kegiatan yang dipercayai dilakukan sejak 2019 itu tidak melalui proses penjualan yang diluluskan. Nilai kerugian babitkan kira-kira RM1.1 juta dengan penjualan sekitar 1,000 unit kereta,” katanya.

“Selain itu, ada juga kereta ‘trade-in’ daripada pelanggan yang membeli kereta baharu dari syarikat pengeluar kereta itu turut dijual kepada syarikat kereta terpakai terbabit,” katanya.

Pengurus besar syarikat pengeluar kereta direman bantu siasatan kes rasuah





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker