Polis tumpas sindiket curi lori, tahan 3 individu

Polis tumpas sindiket curi lori, tahan 3 individu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan (dua, kiri) melihat barang yang digunakan bagi kegiatan jenayah pada sidang media mengenai kejayaan tangkapan dan rampasan sindiket curi lori ketika di Rawang hari ini. – Foto BERNAMA

Polis tumpas sindiket curi lori, tahan 3 individu

GOMBAK: Polis menahan tiga lelaki tempatan disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri lori di sekitar Selangor, sejak enam bulan lalu.

Tiga suspek terbabit ditahan dalam Operasi Lejang Kasuarina (Op Lejang Kasuarina) dalam tiga serbuan di Jalan Alam Budiman, Shah Alam; Rawang Industri, Rawang, di sini dan Bestari Jaya, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata modus operandi ahli kumpulan ini adalah melarikan lori yang sedang berhenti di mana-mana lokasi sekitar Selangor.

“Sebaik berjaya melarikan lori berkenaan, suspek akan membuang alat sistem kedudukan global (GPS) yang dipasang dalam lori berkenaan sebelum mencari pembeli.





Polis tumpas sindiket curi lori, tahan 3 individu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan melihat sebahagian tempat yang disorok bahagian-bahagian lori curi selepas sidang media kejayaan tangkapan dan rampasan sindiket curi lori di Jalan Batu Arang. – Foto Fariz Iswadi Ismail

Disyorkan Untuk Anda :

 

 


Abd Jalil, berkata dalam serbuan di kawasan bengkel berkenaan polis merampas tiga lori yang dicuri yang dilaporkan hilang di sekitar daerah Subang Jaya dan Klang Selatan.

“Pihak JSJ menerusi Bahagian Siasatan Jenayah (D4) Bukit Aman, turut merampas 12 buah lori, satu buah jentera forklift, dua bongkah enjin yang terdapat kesan gangguan pada nombor casis dan nombor enjin.

“Kejayaan kita memberkas kumpulan ini adalah hasil daripada maklumat orang ramai yang mendapati ada unsur mencurigakan dan meragukan ketika ingin membeli lori yang ditawarkan oleh sindiket berkenaan iaitu dengan kadar harga yang murah dan tidak masuk akal,” katanya.





Katanya, pihak polis mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai yang berhadapan dengan situasi sama semasa menjalankan urusan pembelian seperti lori ini.

Polis tumpas sindiket curi lori, tahan 3 individu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan (empat, kiri) melihat gudang simpanan barang yang dicuri pada sidang media mengenai kejayaan tangkapan dan rampasan sindiket curi lori di Rawang hari ini. – Foto BERNAMA

Dalam operasi sama juga pihak polis turut menemui dan merampas muatan lori yang mengandungi pelbagai barangan kiriman.

Secara keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2.8 juta dan ketiga-tiga suspek berusia antara 39 hingga 41 tahun ini yang turut memiliki pelbagai rekod jenayah lampau kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Polis tumpas sindiket curi lori, tahan 3 individu


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/21/sajat-lolos-guna-gerabak-keretapi/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker