Siapa Yang Keluarkan Arahan Tak Masuk Akal Pada IPT, Menteri KPT Kena Jawab

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad mesti menjelaskan rasional arahan Kementerian Pengajian Tinggi yang mengeluarkan arahan supaya semua Institut Pengajian Tinggi mesti menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sahaja.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/1499485746/posts/10226964230680623/

Arahan ini telah menimbulkan kemarahan dan masalah kepada keluarga dan pelajar IPT yang akan mula mendaftar pada 15 Oktober 2021 ini.





Arahan dari BIMB pula, setiap individu yang hendak membuka akaun baharu, mestilah membuat temujanji terlebih dahulu.

Ekoran dari arahan KPT, semua temujanji baharu yang hendak dibuat hanya boleh dilakukan pada akhir Oktober 2021.

Sedangkan pelajar WAJIB memberi nombor akaun BIMB semasa mendaftar pada 15 Oktober 2021.

Datuk Dr Noraini mesti memberikan jalan penyelesaian terhadap isu tersebut kerana arahan otu keluar dari kementerian beliau.

Persoalannya, apakah hanya BIMB sahaja yang layak mengendalikan akaun pelajar di IPTA atau ada cerita disebaliknya?





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker