Takiyudin ‘Di Belasah’ Dalam Dewan Rakyat

Menteri Tenaga & Sumber Asli, Takiyudin Hasan, ‘dibelasah’ di dalam Dewan Rakyat apabila menganggap tragedi kepala air Gunung Kerai, Kedah, yang mengorbankan 6 nyawa sebagai ‘act of God’ atau takdir dari Allah SWT.

Takiyudin juga memberitahu, dari apa yang beliau sendiri lihat di lapangan, tidak ada tanda-tanda kegiatan pembalakan haram dilakukan di situ.

Sikap ambil mudah Takiyudin itu dibidas oleh Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim, dengan mengatakan jangan ambil mudah dengan mengatakan setiap bencana yang berlaku itu adalah kerana takdir Allah SWT.

Dari sudut fakta, Edisi Siasat bersetuju dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim kerana setiap sesuatu yang berlaku itu ada sebab dan musababnya.





Seringkali bencana alam yang berlaku adalah akibat daripada kerakusan tangan manusia memusnahkan alam sekitar.

Mungkin Takiyudin terlupa untuk menghayati firman Allah SWT di dalam Al Quran:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Mafhumnya:

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).





Surah Ar Rum : 41

Hujah Takiyudin bahawa tiada pembalakan haram berlaku, boleh dilihat sebagai hujah yang dangkal kerana bukti yang dapat dilihat adalah jauh berbeza.

Apakah fenomena kepala air itu boleh ‘mencabut’ pokok balak dengan keratan yang begini?

Bukankah dari gambar di atas, jelas menunjuk ia adalah hasil dari pembalakan haram?





Edisi Siasat tidak pasti, tetapi apakah maksud sebenar Takiyudin memberikan jawapan tiada aktiviti pembalakan haram di hutan simpan Gunung Jerai.

Apakah beliau cuba melindungi aktiviti tersebut atau beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya?

Takiyudin mestilah membuat persediaan yang lebih rapi sebelum menjawab apa-apa soalan yang ditujukan kepada kementerian beliau kerana Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia masih belum melupakan isu Takiyudin menggunakan nama Istana Negara untuk menipu Dewan Rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker