Tanah Wakaf Di Tukar Menjadi Perkuburan Bukan Islam!!!

Semalam Edisi Siasat membongkarkan bagaimana di Tampin, usaha sedang dilakukan oleh pihak tertentu untuk mendirikan kuil Hindu di atas sebidang tanah yang sudah digazetkan sebagai tapak masjid.

Sebagaimana yang dijanjikan semalam, hari ini, Edisi Siasat akan membongkarkan pula usaha untuk menukar status sebahagian dari tanah wakaf perkuburan Islam untuk dijadikan tanah perkuburan bukan Islam.

Masih lagi di Negeri Sembilan, tetapi kejadian ini dilaporkan berlaku di Nilai, Negeri Sembilan.

Menurut Facebook Surau Al Amin S7 BTS, pada 7 September lalu, beberapa orang jemaah yang mewakili Pengerusi dan AJK Surau Abu Bakar As-Siddiq, Surau Al-Amin dan Surau Al-Fateh, Bandar Tasik Senangin, Lenggeng, Negeri Sembilan telah menyerahkan petisyen yang telah ditandatangi seramai 666 orang penduduk Muslim itu kepada YB Arul Kumar, seorang lagi ADUN dari DAP.





Baca di sini:

https://www.facebook.com/107311654899391/posts/146406124323277/

Petisyen ini dikemukakan kerana tanah tersebut telah diwartakan sebagai Tanah Perkuburan Orang Islam bagi Kariah Taman Senangin.

Serahan petisyen turut disaksikan oleh ADUN Paroi YB Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abdul Ghani.





Di samping itu, salinan petisyen juga turut diserahkan kepada YAB Menteri Besar NS dan Pengarah JHEAINS.

Apa yang sedang berlaku di Negeri Sembilan?

Selepas isu tapak masjid hendak dijadikan kuil Hindu, kini, tanah wakaf perkuburan Islam pula hendak ditukar status menjadi tanah perkuburan bukan Islam.

Bukan Edisi Siasat bersifat rasis, tetapi, mengapa tanah wakaf masjid dan tanah wakaf perkuburan Islam menjadi sasaran?

Apakah tidak boleh dipohon daripada kerajaan Negeri Sembilan tanah untuk diberikan bagi tujuan peribadatan?





Bukankah Negeri Sembilan adalah negeri yang mempunyai Raja dan setiap urusan berkenaan ugama Islam adalah di bawah bidang kuasa Raja?

Sudahkah Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan disembah maklum dan memberi perkenan, kalau belum, mengapa tidak dipersembahkan kepada baginda?

Kebiadapan ini tidak boleh dibiarkan oleh pihak berkuasa!!!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker