Terbongkar!!! Sajat Lari Sebab Elak Dari Bankrap Bukan Masalah Gender

Selama ini ramai yang menganggap punca sebenar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman, sanggup mengeluarkan puluhan ribu untuk lari dari Malaysia adalah untuk mengelakkan diri dari diambil tindakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), berhubung isu gender beliau.

Dan kini, Sajat yang sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa Thailand namun dibebaskan atas ikat jamin, sedang berusaha mendapatkan suaka politik dari Kerajaan Australia pula.

Namun, berita yang baru Edisi Siasat terima ini agak mengejutkan.

Sumber memaklumkan, masalah gender bukanlah sebab utama mengapa Sajat melarikan diri dari Malaysia.





Tetapi sebenarnya, Sajat larikan diri dari Malaysia adalah untuk mengelakkan dari dirinya diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Maklumat yang diterima ini ada asasnya kepada pihak Edisi Siasat.

Pertama, untuk apa beliau melarikan diri sampai ke luar negara kerana di bawah Undang Undang Syariah, beliau hanya didakwa berpakaian wanita di khalayak ramai.

Bukan kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori pun.

Kedua, mungkin ramai yang sudah lupa, pada 30 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan notis kebankrapan terhadap Sajat diserahkan secara penyampaian ganti melalui notis iklan dan penampalan.





Berdasarkan notis berkenaan, Sajat perlu membayar RM113,327 dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 13 September 2018 (tarikh pemfailan writ saman) sehingga 3 Mac 2021 (tarikh notis kebankrapan) serta kos mahkamah sebanyak RM70,000 dan setakat 3 Mac 2021 jumlah itu menjadi RM197,329.87.

Akta Insolvensi 1967 membenarkan prosiding kebankrapan dimulakan ke atas mana-mana individu yang gagal membayar penghakiman melebihi RM100,000.

Oleh itu, OWA Resources memfailkan notis kebankrapan terhadap Sajat kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.

Seperti yang Edisi Siasat nyatakan, ada asasnya sekiranya Sajat melarikan diri untuk mengelak dari diisytiharkan bankrap.

Di bawah Akta Insolvensi 1967, tidak terdapat mana-mana klausa yang menyatakan pengisytiharan bankrap oleh Jabatan Insolvensi Malaysia akan juga dikuatkuasakan di mana-mana negara lain.





Sekiranya Sajat berjaya melarikan diri ke Australia, Sajat masih lagi boleh berbelanja mewah, memiliki aset atas nama sendiri, sementara perniagaan beliau akan diuruskan oleh proksi beliau.

Bagi Edisi Siasat, mungkin Sajat boleh melarikan diri dari mahkamah dunia tetapi bolehkah beliau melarikan diri ketika berada di Padang Mahsyar nanti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker