Ribuan Ikan Bilis Menghampiri Pantai, Rezeki Atau Bala?

Fenomena ribuan ikan bilis bersaiz besar menghampiri pantai telah menggemparkan penduduk selatan pantai di Jogjakarta.

Kejadian itu dimuat naik di laman Instagram Dinas Kelautan dan Perikanan pada Selasa.

Baca di sini:

https://www.instagram.com/p/CUGp4G-AQTs/?utm_medium=copy_link

Penduduk berdekatan pantai mengambil kesempatan itu untuk menangkap ikan bilis yang banyak terperangkap di sudut batu pantai dan di gigi air.
Ada penduduk yang menganggap fenomena yang jarang terjadi itu suatu bentuk rezeki untuk dibawa pulang ke rumah.
Tetapi ada juga penduduk yang bimbang sekiranya ia merupakan petanda awal tentang kemungkinan bencana alam yang datang dari laut.
Ia berikutan fenomena yang hampir sama pernah berlaku sebelum bumi Acheh dilanda tsunami pada tahun 2004.
Agensi Dislautkan menjelaskan terdapat tiga faktor yang menyebabkan ikan bilis di kawasan perairan berkenaan berperilaku pelik iaitu:
  1. Perubahan drastik suhu air laut.
  2. Pertumbuhan alga dan plankton.
  3. Arus dan gelombang yang tinggi.

Sumber: suara.com





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker