AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN ‘BABY GIRL’

AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN 'BABY GIRL'

AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN ‘BABY GIRL’

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” demikianlah kata pengacara Nabil Mahir atau nama lengkapnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, yang meluahkan rasa syukur apabila proses bersalin isterinya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat secara pembedahan bagi melahirkan anak sulung berjalan lancar.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 29, selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 7.07 malam semalam (21 September 2021). Sebelum ini, Ayda yang cukup dikenali menerusi lagu ‘Parah Parah’ melahirkan cahaya mata sulungnya itu secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.





Petang semalam, Ayda memuat naik gambarnya sedang terbaring di atas katil hospital sambil ditemani suami, Nabil Mahir. Dia juga turut memuat naik semula (repost) hantaran InstaStory adiknya, Sabira Jebat yang memohon doa orang ramai agar urusan bersalinnya dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar

Menurut Sabira, Ayda terpaksa melahirkan bayinya lebih awal kerana mengalami kontraksi bersalin selain keadaan bayinya yang songsang di dalam perut.

“Doakan kakak saya dipermudahkan urusan bersalin hari ini. Bayi Ayda dan Nabil dah tak sabar nak keluar! Kecemasan sebab kontraksi dan bayi songsang. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kakak. Kami sayang awak. Ivy tak sabar nak tengok sepupu dia,” tulis Sabira.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).





 

AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN ‘BABY GIRL’


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/21/terbongkar-sajat-lari-sebab-elak-dari-bangkrap-bukan-masalah-gender/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker