Cubaan Seludup 2 Tan Babi Hutan Gagal

Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA 7) di Rantau Panjang, Kelantan, berjaya menggagalkan cubaan untuk menyeludup karkas babi seberat dua tan metrik dipercayai ke negara jiran.

Pegawai Pemerintah (PGA 7), Azhari Nusi berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.36 malam tadi, ketika pihaknya membuat rondaan mendapati sebuah van jenis Econovan dalam keadaan mencurigakan.

Susulan itu, kami telah berjaya menahan van tersebut di hadapan rumah beralamat Kampung Degong, Telaga Mas, Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas van terbabit, kami telah menjumpai bangkai babi hutan seberat dua metrik tan”.





“”Selain itu, pemandu juga gagal mengemukakan dokumen yang sah,” tambah Azhari lagi.

Pihaknya PGA telah menahan pemandu terbabit dan merampas semua bangkai babi berserta van yang digunakan.

Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM58,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker