Kelantan FC jinak Selangor FC II

Kelantan FC jinak Selangor FC II
  Pemain Kelantan FC meraikan gol pasukan mereka ketika menentang Selangor FC II pada aksi Liga Perdana di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Kelantan FC menang 2-1. – Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Kelantan FC jinak Selangor FC II

KOTA BHARU: Kelantan FC menundukkan Selangor FC II 2-1 pada aksi terakhir saingan Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam tadi.

Kesungguhan tuan rumah untuk mengutip mata penuh pada aksi itu jelas terserlah sejak wisel permulaan dibunyikan apabila mereka hampir berada di depan menerusi cubaan pemain import, Mario Arques dan Natanael Ringo.

Begitupun pelawat lebih dulu memperoleh gol pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma Nik Umar Nik Azizi dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Kelantan FC, Mohd Farizal Harun.

The Red Warriors (TRW) pun begitu, pantas membalas jaringan gol pembukaan Selangor FC II menerusi sepakan Nurshamil Abd Ghani selang seminit selepas itu bagi mengimbangi semula saingan.





Apabila separuh masa kedua bersambung, pasukan pelawat dilihat membuat serangan berterusan ke kubu tuan rumah namun tidak berjaya. Keputusan kekal 2-1 dengan Kelantan FC turut layak ke saingan Piala Malaysia.

Kelantan FC jinak Selangor FC II


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/22/tfc-ii-di-tempat-ketiga-mintah-menang-bersama-kasut-emas/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker