Mesej Untuk Cik B, Anak DS Vida

Bukan Edisi Siasat mahu mencampuri urusan keluarga DS Vida, kalau ada antara ahli keluarga DS Vida yang tersinggung, pihak Edisi Siasat meminta maaf.

Tapi apa yang pihak kami paparkan ini hanyalah sebagai renungan kepada adik Cik B, anak perempuan DS Vida.

Jodoh itu merupakan rahsia Tuhan.

Bila sudah tiba waktunya, akan hadir sendiri seorang insan yang kerap kali kita doa kehadirannya.

Cepat atau lambat juga bukanlah urusan kita sebagai hambaNya. Oleh itu, tiada siapa dapat mempertikaikan jodoh seseorang jika sudah termaktub sejak azali lagi.





Kisah seorang lelaki, 22 tahun, yang menikahi isterinya, 59 tahun, dikongsikan oleh seorang remaja yang menggunakan nama @ecacuwitcawer di dalam akaun Tik Tok beliau.

Beliau mendoakan kebahagiaan ibu dan ayah tirinya, walau pun perbezaan umur antara keduanya adalah 37 tahun.

Perkongsian @ecacuwitcawer mendapat respon yang baik dari netizen.





Malah, ada netizen yang berkongsi mempunyai pengalaman yang sama.

Semuga apa yang dipaparkan dapat menjadi renungan Cik B.

Jodoh adalah rahsia Allah SWT.

Benar, kita boleh berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk orang yang kita sayang tetapi keputusan akhir tetap di tangan Allah SWT.





Sekali lagi bagi pihak Edisi Siasat, sekiranya artikel ini ada menyinggung mana-mana pihak, kami meminta maaf sekali lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker