Negeri Sembilan FC juara Liga Perdana

Negeri Sembilan FC juara Liga Perdana
SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim ini selepas menundukkan PDRM FC 4-2 dalam aksi penutup tirai saingan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, sebentar tadi.
Kemenangan itu menyaksikan NSFC mengumpul 41 mata selepas 20 perlawanan, manakala pesaing, Sarawak United FC di tempat kedua dengan 38 mata selepas terikat 1-1 denganJohor Darul Ta’zim II (JDT II) di Larkin.
Skuad kendalian K Devan yang sudah mengesahkan tempat ke Liga Super musim hadapan dinobatkan selaku juara selepas beraksi cemerlang sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
Seawal minit pertama perlawanan, tuan rumah dilihat memulakan aksi dengan beberapa gerakan ke kawasan kubu PDRM. Mereka memperoleh peluang mendapatkan gol awal menerusi sepakan dari jarak kira- kira 30 meter, namun cubaan Nasrullah Hanif Johan tidak menepati sasaran.
Disyorkan Untuk Anda :
- CUBAAN MENDIRIKAN KUIL HINDU ATAS TAPAK MASJID TIMBULKAN KEMARAHAN PENDUDUK!!!
- GOLONGAN B40 AKAN DI BERI KIT PENJAGAAN COVID-19 SECARA PERCUMA
- SENYUM PAGI: SENYUM BOLEH TAPI JANGAN GELAK, TENGOK SAMPAI HABIS
- PULUHAN PENGUIN MATI DISENGAT LEBAH
Jaringan itu menyuntik semangat pemain skuad Rusa yang turun dengan semangat juang tinggi dalam misi melakar sejarah selepas lebih 10 tahun tanpa sebarang kejuaraan selepas kali terakhir menjulang kejuaraan Piala Malaysia pada 2011. Ketika skuad pelawat cuba bangkit merapatkan jurang terutama menerusi Bruno Suzuki, NSFC bertindak berjaya bertahan dengan baik.
Bersambung babak kedua, NSFC terus melakukan asakan ke kubu PDRM. Alain Thierry Akono memanfaat hantaran Muhamad Zaquan Adha Abd Radzak dalam kawasan gol dan berjaya menolak bola masuk untuk gol ketiga Negeri Sembilan pada minit ke-60.
Bagaimanapun akibat kelekaan bahagian pertahanan, PDRM berjaya merapatkan jurang menerusi gol pertama hasil rembatan padu G Durrkeswaran pada minit ke-63. Anak buah Wan Rohaimi Wan Ismail memperoleh gol kedua menerusi jaringan Muhamad Azrie Reza Zamri pada minit ke-71.
Berselang empat minit kemudian, NSFC mendapat gol keempat hasil tandukan pemain gantian Muhamad Fahmi Faizal di penjuru kanan PDRM. NSFC mendapat sepakan penalti pada minit ke-80, namun sepakan Zaquan Adha diselamatkan Muhamad Hamka.
Kedudukan 4-2 kekal sehingga ke wisel penamat sekali gus menobatkan NSFC sebagai juara liga mengulangi kejayaan yang pernah mereka capai pada tahun 1991.
Negeri Sembilan FC juara Liga Perdana
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/21/henry-tidak-terkejut-reaksi-messi/