Negeri Sembilan raih kejayaan menang Liga Perdana

Negeri Sembilan raih kejayaan menang Liga Perdana
Pasukan Negeri Sembilan FC meraikan kejuaraan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. – Foto BERNAMA

Negeri Sembilan raih kejayaan menang Liga Perdana

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC (NSFC) meraikan kejayaan muncul sebagai juara Liga Perdana musim ini dengan suasana ringkas dan agak meriah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi.

Dengan dihadiri kira-kira 300 orang termasuk membabitkan orang kenamaan, pegawai dan petugas, mereka menyaksikan detik bersejarah itu sejurus tamat perlawanan penutup tirai saingan.

Majlis penyampaian disempurnakan mengikut prosedur operasi stsndard (SOP) dengan trofi kejuaraan diambil sendiri kapten pasukan, Muhamad Zaquan Adha Abd Radzak di tempat khas dalam kawasan padang stadium.

Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; Tunku Besar Tampin merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Tunku Syed Idris Al-Kadri dan Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz.





Tembakan bunga api di luar perkarangan stadium kemudiannya turut diadakan sebagai meraikan kejayaan pasukan itu bersama kira-kira 500 peminat yang menunggu di luar stadium.

NSFC muncul juara Liga Perdana selepas menewaskan PDRM FC 4-2 pada aksi terakhir sebentar tadi.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker