Perkembangan Terkini Isu Kuil Hindu Ceroboh Tapak Masjid Di Tampin

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, S. Veerapan berkata, kawasan seluas kira-kira 88 meter persegi yang dikatakan diambil secara tidak sengaja dan dikesan selepas pengukuran itu akan dikosongkan semula secepat mungkin.

Pihak kuil akan segera mengalihkan pondok kecil yang masuk ke dalam kawasan tanah rizab milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di taman berkenaan.

“Pihak kuil memaklumkan, perkara itu berlaku secara tidak sengaja ketika kerja-kerja membina pondok kecil di kawasan kuil itu dan ia dikesan selepas pengukuran tapak dilakukan”.

“Mereka juga bersetuju untuk mengalihkan pondok terbabit daripada tanah rizab JHEAINS itu bagi menjernihakn semula keadaan”.





“Tiada isu pun mereka mahu mengambil alih rizab masjid ini”.

“Status tanah itu masih kekal sama dan tidak berubah sehingga kini,” jelas Veerapan.

 

Sumber :

utusan.com.my





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker