PM Dedahkan Pembaziran Wang Rakyat Di Era Mahiaddin

 

Dalam jawapan bertulis yang diberikan oleh Perdana Menteri yang juga merupakan Ahli Parlimen Bera, DS Ismail Sabri, beliau telah mendedahkan bagaimana sejumlah wang rakyat yang begitu besar telah dibelanjakan di era pentadbiran Mahiaddin Md Yasin semata- mata untuk tujuan menggantikan perabut di pejabat Menteri dan Timbalan Menteri di Pejabat Perdana Menteri.

Ismail Sabri membuat pendedahan itu dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.





Jumlah keseluruhan bagi semua kerja-kerja itu ialah sebanyak RM1,073,580.

Untuk rekod jawatan menteri di JPM bagi Hal Ehwal Parlimen serta Undang Undang disandang mendiang Liew Vui Keong semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan.

Selepas gabungan itu dijatuhkan jawatan tersebut diisi oleh Ahli Parlimen Kota Bharu yang juga Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, sebelum diganti Wan Junaidi Tuanku Jaafar (GPS-Santubong).

Bagi portfolio Sabah dan Sarawak, ia disandang Ahli Parlimen Kota Marudu, Maximus Ongkili. Timbalannya pula ialah Hanifah Hajar Taib (Mukah).

Memang benar seperti yang dinyatakan oleh Ismail Sabri segala proses penggantian perabot lama sepanjang tempoh dua tahun itu adalah mengikut ketetapan dan kelayakan berdasarkan garis panduan serta peraturan Unit Perancang Ekonomi JPM.





Namun bagi Edisi Siasat, apakah keperluan dibazirkan wang rakyat sebanyak lebih dari RM1 juta dikala ada di kalangan rakyat terpaksa menyelongkar tong sampah semata-mata kerana mahu mencari sesuap nasi untuk keluarga?

 

Sumber :

Portal Negara Merdeka





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker