Sarawak United naib juara, Kuching City layak Piala Malaysia

Sarawak United naib juara, Kuching City layak Piala Malaysia
Pemain JDT II, Muhamad Syazwan Andik Mohd Ishak cuba melepasi pertahanan Sarawak United FC, Tommy Mawat Bada pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi. – Foto BERNAMA.

Sarawak United naib juara, Kuching City layak Piala Malaysia

JOHOR BAHRU: Sarawak United FC hanya mampu menamatkan saingan liga selaku naib juara selepas terikat 1-1 menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) pada aksi terakhir Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini, sebentar tadi.

Ia susulan kemenangan Negeri Sembilan FC (NSFC) yang menewaskan PDRM FC 4-2 pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sekali gus menyaksikan skuad kendalian K Devan dinobatkan selaku juara.

Susulan keputusan itu, skuad Enggang Emas yang muncul naib juara liga selepas mengumpul 38 mata akan beraksi di Kumpulan A dalam saingan Piala Malaysia bersama Penang FC, KL City FC dan Sri Pahang FC.

Pada pertembungan malam tadi, anak didik Elavarasan yang mendambakan kemenangan menguasai perlawanan sebaik dimulakan menerusi gerakan menarik untuk mencipta jaringan seawal minit keempat selepas Uche Agba bijak memperdaya benteng pasukan tuan rumah dan merembat bola leret menewaskan penjaga gol, T Shaheeswaran.






Disyorkan Untuk Anda :


Asakan bertali arus anak didik Rafael Sanchez masih belum mampu diterjemah dengan jaringan selepas bola rembatan deras Chia Ruo Han pada minit ke-32 di luar kotak penalti memaksa Shaiful Wazizi melayangkan badan untuk menepis bola keluar.

Walaupun tuan rumah mengasak bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan, corak permainan `berkampung’ pasukan pelawat menyukarkan barisan serangan skuad Merah Biru yang dfiterajui Fernando Rodriguez untuk melakukan percubaan berbahaya.

Akhirnya pasukan tuan rumah bangkit menyamakan jaringan pada minit ke-84 selepas Stuart Wilkin menyudahkan bola hantaran Firdaus Ramil untuk menewaskan Shaiful Wazizi dan kedudukan 1-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Kuching City FC menewaskan Perak FC II 2-0 hasil jaringan Irwan Syazmin Wahab pada minit ke-64 dan Aylton Ananias (minit ke-81) bagi membolehkan skuad The Cats menempah slot ke saingan Piala Malaysia.

Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim beraksi dalam Kumpulan B dalam saingan piala berprestij bersama Terengganu FC (TFC), Selangor FC dan Perak FC yang dianggap kumpulan maut.





Sarawak United naib juara, Kuching City layak Piala Malaysia


Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/22/negeri-sembilan-fc-juara-liga-perdana/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker