SHUIB BELAJAR KAWAL EMOSI
SHUIB BELAJAR KAWAL EMOSI
Pelawak Shuib Sepahtu akui sukar untuknya memadam kenangan yang pernah dicipta bersama Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat C19 pada 9 Ogos lalu. Ujar Shuib, hingga saat ini, satu demi satu momen manis yang pernah dilalui bersama, jelas terbayang di ruang mata, persis wayang gambar yang berputar.
“Selepas pemergian isteri, hari-hari saya dengar lagunya, tatap foto dan menonton video arwah. Itulah rutin yang saya lakukan demi mengubat rasa rindu. Namun, memasuki minggu ketiga, saya tahan diri untuk tidak meneruskan rutin itu. Bukan mahu melupakannya, tetapi saya tidak mahu terus menyeksa diri mengenang arwah dengan cara begitu,” luahnya.
Kekuatan yang cuba ditanam dalam diri itu bagaimanapun tewas terutama ketika berdepan anak-anak yang masih belum mengerti sepenuhnya erti kehilangan ibu.
“Apabila ditanya ke mana pergi ibu, saya cuba menjawab soalan itu sebaik mungkin agar mereka faham. Namun, biasalah kanak-kanak, ada ketika apabila rasa rindu datang, mereka akan bertanya soalan yang sama berulang kali. Berdepan situasi itu sebenarnya mencabar emosi saya.
“Ada ketika, saya sendiri tidak tahu penjelasan bagaimana lagi yang harus diberikan terutama apabila setiap pertanyaan diajukan, berakhir dengan tangisan. Walaupun cuba untuk tunjuk yang saya cukup kuat, namun, melihat wajah sayu anak-anak, saya jadi sedih. Sudahnya, saya menangis bersama mereka,” katanya.
Hasil perkongsian hidup bersama Siti Sarah, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan secara pramatang.
Disyorkan Untuk Anda :
- CUBAAN MENDIRIKAN KUIL HINDU ATAS TAPAK MASJID TIMBULKAN KEMARAHAN PENDUDUK!!!
- GOLONGAN B40 AKAN DI BERI KIT PENJAGAAN COVID-19 SECARA PERCUMA
- SENYUM PAGI: SENYUM BOLEH TAPI JANGAN GELAK, TENGOK SAMPAI HABIS
- PULUHAN PENGUIN MATI DISENGAT LEBAH
Tambah Shuib, doa mereka tidak pernah putus dipanjangkan kepada arwah dengan harapan rohnya tenang bersama mereka yang beriman: “Sejak hari pertama arwah pergi, menjadi rutin kami sekeluarga untuk solat Maghrib berjemaah dan membacakan Yassin untuknya.
“Alhamdulillah, amalan itu masih diteruskan hingga hari ini. Pemergian arwah juga menyuntik kesedaran dalam diri untuk saya kembali belajar mengaji,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memberitahu, dia sudah merakamkan sebuah lagu yang bakal memahat kenangan buat dirinya bersama isteri.
“Lagu berjudul Sampai Tua dihasilkan komposer Aidit Alfian. Lagu itu saya dengar kira-kira 11 tahun lalu iaitu ketika saya dan arwah sedang bercinta. Pada mulanya, lagu itu kami mahu dendangkan secara duet. Namun, setiap kali usaha merakamkan lagu itu dibuat, ada sahaja halangannya.
“Hasrat itu akhirnya terlaksana apabila lagu itu berjaya dirakamkan. Lagu itu sangat menyentuh perasaan terutama pada bahagian korus. Lagu ini mengisahkan janji sepasang suami isteri yang akan terus hidup bersama walaupun fizikal mereka berubah kerana dimamah usia.
“Saya ada membuat penambahan sedikit dari segi lirik lagu ini. Insya-Allah, lagu ini boleh didengar di platform digital dalam masa terdekat ini,” kongsinya yang menjadi calon awal kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
SHUIB BELAJAR KAWAL EMOSI
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/22/bila-caprice-isytihar-perang-terhadap-predator-seksual-munafik/