Suu Kyi sekali lagi dihadapkan ke mahkamah

Suu Kyi sekali lagi dihadapkan ke mahkamah
YANGON: Pemimpin Myanmar yang digulingkan, Aung San Suu Kyi sekali lagi dihadapkan di mahkamah, kali ini membabitkan pertuduhan menghasut.
Menurut peguamnya, Khin Maung Zaw, Suu Kyi bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan terbabit.
Jika disabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara maksimum selama tiga tahun.
Selain Suu Kyi, Presiden yang digulingkan, Win Myint, turut mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan sama.
Dalam pada itu, Maung Zaw, berkata Suu Kyi berada dalam keadaan sihat, seminggu selepas beliau tidak dapat menghadiri perbicaraan atas faktor kesihatan.
Beliau berkata, mahkamah hari ini mendengar hujah pendakwaan bahawa Suu Kyi melanggar sekatan COVID-19 ketika pilihan raya yang menyaksikan partinya memperoleh kemenangan besar.
Selain itu katanya, Suu Kyi akan berdepan perbicaraan baharu pada bulan depan membabitkan pertuduhan rasuah, dan satu lagi perbicaraan atas kesalahan melanggar undang-undang kerahsiaan era kolonial.
Suu Kyi bersama parti NLD pimpinannya ditumbangkan dalam rampasan kuasa oleh junta tentera pada Februari lalu, sehingga mengakibatkan berlakunya protes serta bantahan secara besar-besaran.
Penerima Anugerah Nobel Laureate berusia 76 tahun itu kini dikenakan tahanan rumah dan hanya dibenarkan bertemu peguamnya selain menghadiri perbicaraan di mahkamah. – AFP
Suu Kyi sekali lagi dihadapkan ke mahkamah
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/22/negeri-sembilan-raih-kejayaan-menang-liga-perdana/