Tantawi, pemimpin pertama Mesir pasca Mubarak meninggal dunia
Tantawi, pemimpin pertama Mesir pasca Mubarak meninggal dunia
KAHERAH: Mohammed Hussein Tantawi, bekas ketua junta tentera yang memerintah Mesir selepas Presiden Hosni Mubarak digulingkan ketika Kebangkitan Arab atau Arab Spring, meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Kematian Tantawi diumumkan Presiden, Abdel Fattah al-Sisi menerusi kenyataan, selain menyifatkan Allahyarham sebagai anak Mesir paling setia.
“Beliau mengabdikan dirinya untuk berkhidmat kepada negara lebih separuh abad. Beliau adalah negarawan yang bertanggungjawab mengemudi negara pada waktu sukar,” menurut kenyataan itu.
al-Sisi juga mengumumkan tempoh berkabung di atas kematian pemimpin terbabit, namun tidak memperincikan jumlah harinya.
Media tempatan yang menyiarkan berita kematian Tantawi menyifatkan beliau sebagai seorang yang memberikan sepenuh jiwa raganya kepada negara.
Delegasi Kesatuan Eropah (EU) turut merakamkan ucapan takziah di atas pemergiannya menerusi ciapan di Twitter.
Menerusi ciapan itu, delegasi EU menyatakan Tantawi memainkan peranan penting sepanjang kerjayanya serta berkhidmat untuk Mesir selama puluhan tahun.
Sebagai veteran dalam politik dan perang Mesir, Tantawi pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan ketika era pentadbiran Mubarak dan sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi Angkatan Tentera.
Tantawi kemudiannya menjadi pemangku ketua negara sejurus Mubarak digulingkan dalam Arab Spring pada awal tahun 2011. – AFP
Tantawi, pemimpin pertama Mesir pasca Mubarak meninggal dunia
Disyorkan Untuk Anda :
- SIAPA YANG KELUARKAN ARAHAN TAK MASUK AKAL PADA IPT, MENTERI KPT KENA JAWAB
- TAKIYUDIN ‘DI BELASAH’ DALAM DEWAN RAKYAT
- CEROBOH RUMAH – BEKAS KEKASIH GELAP BUAT LAPORAN POLIS
- KEM PENDATANG DI PULAU SAMOS, GREECE TERBAKAR
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/22/suu-kyi-sekali-lagi-dihadapkan-ke-mahkamah/