Tengku Razaleigh Letak Jawatan

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO kepada Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi.

Surat yang bertarikh 20 September 2021 itu menyatakan pendirian tidak bersetuju Ku Li dengan keputusan yang diambil UMNO untuk meneruskan kerjasama pembentukan kerajaan bersama barisan menteri kabinet yang sudah terbukti gagal.

Ku Li juga menyatakan keraguan kemampuan barisan menteri kabinet yang ada sekarang untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat dan negara sekarang.





Semalam, semasa membahaskan Titah Di Raja di Parlimen, Ku Li menyuarakan kegusaran beliau atas salahguna kuasa pihak tertentu yang beliau lihat telah merosakkan sistem Demokrasi Berparlimen negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker