TFC II di tempat ketiga, Mintah menang bersama Kasut Emas

TFC II di tempat ketiga, Mintah menang bersama Kasut Emas
Pemain Kelantan United (jersi merah) meraikan jaringan Mohd Hakim Ismail (depan) pada aksi Liga Perdana menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Kelantan United menang 1-0. – Foto NSTP/Ghazali Kori.

TFC II di tempat ketiga, Mintah menang bersama Kasut Emas

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II (TFC II) gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tumpas 0-1 kepada Kelantan United FC (KUFC) dalam aksi terakhir Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Biarpun tewas, skuad kendalian Badrul Afzan Razali tetap berjaya menamatkan saingan liga di tempat ketiga berbanding kedua musim lalu.

Dalam masa sama, penyerang utama skuad itu, Jordan Mintah muncul pemenang bersama Kasut Emas dengan penyerang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Fernando Rodriguez apabila mereka masing-masing meledak 16 gol.

Pada perlawanan malam tadi, KUFC selaku tuan rumah terlebih dahulu menguji kubu pelawat menerusi rembatan kapten, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi pada minit kelapan, namun terkena pertahanan skuad TFC II.





Pada minit ke-19, berpunca sepakan penjuru Mohamad Amirul Shafik Che Soh, pemain pertahanan, Mohd Hakim Ismail berjaya meledak gol pendahuluan susulan suasana kelam kabut dalam kawasan kotak penalti.

Bersambung babak kedua, skuad The Turtles mendapat empat peluang keemasan pada minit ke-51 menerusi Masaki Watanabe dan Mintah pada minit ke-57, 58 dan 67, namun masih buntu menembusi pintu gol tuan rumah. Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

TFC II di tempat ketiga, Mintah menang bersama Kasut Emas


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/22/sarawak-united-naib-juara-kuching-city-layak-piala-malaysia/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker