2 Lelaki Yang Cuba ‘Mencerobohi’ Istana Negara Tewas

Tular video di media sosial cubaan 2 lelaki yang menaiki sebuah kenderaan cuba ‘mencerobohi’ Istana Negara melalui Pintu 3 Istana Negara.

Namun, atas kecekapan dan kepantasan pihak keselamatan, ‘cubaan’ kedua-dua lelaki itu dapat dipatahkan.

Dalam video yang berdurasi 1:49 saat itu, kelihatan sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan telah menghampiri Pintu 3 Istana Negara.

Pemandu kenderaan tersebut bertindak mengundurkan kenderaan sebelum penumpang di tempat duduk hadapan cuba melarikan diri.

Tindakan pantas pihak keselamatan berjaya memastikan kedua-dua mereka dapat ditumpaskan.





Namun, tindakan itu merupakan sebahagian daripada simulasi Pelan Kontingensi Keselamatan (Skim Pertahanan Pengkalan) yang dilakukan pihak keselamatan Istana Negara.

Proses simulasi itu berlangsung bermula jam 10 hingga 11 pagi tadi.

Semasa simulasi dijalankan, kesemua pintu masuk dan keluar ditutup serta merta dan semua sistem keselamatan diaktifkan.

Malah, kenderaan juga tidak dibenarkan untuk keluar atau masuk Istana Negara.

 





Sumber:

Astro Awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker