2 Wanita Jadi ‘Santapan’ Di Pesta Seks & Dadah

13 individu termasuk dua wanita berusia antara 18 hingga 21 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Parti Liar, di sebuah inap desa di Taman Permaipura, Kedah, dalam serbuan Ops Parti Liar kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, atas maklumat dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, pihak polis telah menyerbu kediaman tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati 11 lelaki dan dua wanita berada di lokasi sebelum pihak polis menemui dadah jenis ketamin dalam poket seluar salah seorang suspek lelaki.

“Siasatan lanjut, kesemua suspek mengaku menyewa inap desa itu dengan kadar RM250 sehari bagi tujuan berhibur,” jelas Adzli.





Rata-rata yang ditahan itu  tinggal di sekitar Sungai Petani, Baling dan Pulau Pinang dan bekerja sebagai operator kilang, mekanik, petugas penghantar makanan, bekerja sendiri serta penganggur.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Pelan Pemulihan Negara 2021, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

 

Sumber:





negaramerdeka.com

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker