Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan

Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan
Seorang daripada dua warga Pakistan yang ditahan Jabatan Imigresen selepas disyaki terbabit dalam sindiket memalsukan pasport dan pelbagai dokumen imigresen. – Foto Jabatan Imigresen

Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport dan pelbagai dokumen susulan penahanan dua lelaki warga Pakistan dalam satu operasi awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata dua suspek berusia 32 dan 37 tahun itu ditahan dalam operasi khas Unit Risikan Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan Imigresen Putrajaya di Ampang, Selangor dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur hasil risikan dan maklumat awam.

Beliau berkata, dua suspek itu mengenakan bayaran antara RM2,500 hingga RM 4,000 untuk setiap pasport.

“Serbuan pertama di Ampang menemui cap keselamatan Jabatan Imigresen Malaysia, cap nama pegawai, cap kedutaan asing, cap masuk dan keluar negara Pakistan, cap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), cap Hasil, cap bank dan pelbagai cap syarikat selain surat kelulusan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang dipalsukan.





“Serbuan di lokasi kedua di Wangsa Maju menemui cap nama pegawai Imigresen, cap pesuruhjaya sumpah, cap Majlis Agama Islam Narathiwat dan pasport India,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 32 tahun didapati tinggal lebih masa dan memiliki pasport tamat tempoh, manakala suspek kedua berusia 37 tahun, pemegang pas lawatan sosial jangka panjang dan berkahwin dengan warganegara Malaysia.

“Kita sedang memburu suspek berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh melaporkan kepada Jabatan Imigresen.

“Operasi dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan suspek ditahan di Depoh Imigresen KLIA bagi siasatan lanjut selepas ujian saringan COVID-19.” katanya.

Dua warga Pakistan dalang sindiket palsukan dokumen ditahan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/22/sekiranya-anda-menggunakan-spray-gun-sanitizer-anda-mesti-tonton-video-ini/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker