Isu Pencerobohan Tapak Masjid Di Tampin, Mana Pergi Suara UMNO Bahagian Tampin?

UMNO adalah wadah perjuangan.

Selama lebih dari 7 dekad, UMNO telah terlibat dan berjaya dalam pelbagai perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air di bumi bertuah ini.

Kemerdekaan negara adalah hasil dari perjuangan dan pengorbanan akar umbi dan pemimpin UMNO tidak siapa boleh nafikan.

Kemajuan bangsa Melayu dan pembangunan negara adalah hasil dari kebijaksanaan pemimpin UMNO memacu kemajuan rakyat dan negara juga tidak siaoa boleh nafikan.





Jenama UMNO begitu sinonim dengan bangsa Melayu dan Bumiputera, tetapi sayangnya keadaan itu sedikit demi sedikit sudah berubah.

Kemuncak perubahan itu adalah ketika bangsa Melayu dan Bumiputera melakukan tsunami politik hingga menyebabkan UMNO tersungkur.

Tetapi kini, sedikit demi sedikit, UMNO bangkit semula dan rakyat mula menunjukkan kemesraan terhadap UMNO.

Namun, sikap beberapa pemimpin UMNO sama ada di peringkat akar umbi atau pun pusat, amat membimbangkan.





Antara contoh sikap tidak endah pemimpin UMNO terhadap masalah rakyat dapat dilihat dengan jelas pada isu pencerobohan tapak tanah masjid oleh kuil Hindu yang terletak bersebelahan.

Isu ini telah Edisi Siasat siarkan pada 20 September 2021 yang lepas.

Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/20/cubaan-mendirikan-kuil-hindu-atas-tapak-masjid-timbulkan-kemarahan-penduduk/

Atas bantahan penduduk dan pendedahan yang sama oleh portal lain di media sosial, akhirnya perjuangan penduduk Islam di Taman Indah Baru, Taman Clonee2 dan Bandar Utama Tampin yang bangkit mempertahankan hak masyarakat Melayu Islam di Tampin, akhirnya membuahkan kejayaan apabila ADUN Kawasan Repah N36, Veerapan A/L Superamaniam (DAP) mengakui pencerobohan itu berlaku dan tindakan segera akan diambil untuk membetulkan keadaan.





Baca di sini:

https://edisisiasat.com/2021/09/22/perkembangan-terkini-isu-kuil-hindu-ceroboh-tapak-masjid-di-tampin/

Untuk rekod, penduduk tempatan telah menghantar memorandum bantahan kepada Veerapan pada 11 September 2021 lagi.

Yang menjadi persoalan kepada Edisi Siasat, di manakah suara UMNO Bahagian Tampin?

Mengapakah dibiarkan rakyat terpaksa bertindak sendirian dalam membuat bantahan?





Di manakah pencak silat Puteri dan Pemuda UMNO Tampin di dalam membela rakyat?

Apakah Puteri dan Pemuda UMNO Tampin adalah jagohan kampung yang hanya berani menyusun langkah untuk berpencak silat sesama sendiri sahaja?

Mengapakah tidak cakna dalam isu yang begitu besar dan sensitif ini?

Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, janganlah bersikap eksklusif dengan menunggu rakyat datang mengetuk pintu untuk mengadu masalah.

Seharusnya mesti bersikap inklusif dengan mendampingi rakyat supaya setiap masalah rakyat dapat ditangani segera.





Kalau mahu sekali lagi dominan dalam pemerintahan di pelbagai peringkat, ubahlah sikap dengan segera sebelum rakyat sekali lagi menolak UMNO dalam Pilihanraya Umum ke 15 nanti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker