Juruterbang terbunuh nahas pesawat tentera udara Pakistan

Juruterbang terbunuh nahas pesawat tentera udara Pakistan

Juruterbang terbunuh nahas pesawat tentera udara Pakistan

KARACHI: Sebuah pesawat Tentera Udara Pakistan (PAF) terhempas di barat laut negara itu semasa misi latihan hari ini, membunuh seorang juruterbang, kata satu kenyataan rasmi.

Kemalangan itu berlaku berhampiran daerah Mardan, kira-kira 47 kilometer dari Peshawar, ibu negeri wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut yang bersempadan dengan Afghanistan.

“Sebuah pesawat kecil PAF telah terhempas dekat Mardan ketika misi latihan rutin,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan PAF.





Jurucakap kemudian mengesahkan kepada AA bahawa juruterbang terbunuh dalam nahas itu.

Lembaga siasatan telah diarahkan untuk menentukan punca kemalangan itu, tambah kenyataan itu. – BERNAMA

Juruterbang terbunuh nahas pesawat tentera udara Pakistan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/23/pejuang-taliban-antara-3-korban-serangan-di-jalalabad/

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker