Kejayaan paling bermakna Hobin Jang Hobin

Kejayaan paling bermakna Hobin Jang Hobin
Pasukan Negeri Sembilan FC meraikan kejayaan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana musim ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam. – Foto NSTP/ Azrul Edham Mohd Aminuddin.

Kejayaan paling bermakna Hobin Jang Hobin

SEREMBAN: Kejayaan Negeri Sembilan FC (NSFC) menjulang kejuaraan Liga Perdana musim ini dilihat lebih manis kerana pasukan itu diperkuatkan hampir keseluruhannya pemain dalam kalangan kelahiran anak negeri itu.

Ini diakui ketua jurulatihnya, K Devan yang menyifatkan ia sangat bermakna bagi dirinya dan semua penyokong setia pasukan itu.

“Kejayaan menjulang kejuaraan Liga Perdana yang dicapai kali ini lebih bermakna kerana hampir keseluruhannya pasukan disertai pemain anak negeri. Ramai anak negeri seperti Muhamad Zaquan Adha (Abd Radzak), Annas Rahmat, Nasrullah (Hanif Johan), Saiful Ridzuwan (Selamat), R Barathkumar dan lain-lain adalah watak utama dalam pasukan ini.

“Zaquan Adha sebagai ketua pasukan memainkan peranan penting dan kejayaan ini adalah hadiah terbaik buat semua pemain,” katanya selepas berakhir saingan penutup tirai saingan menewaskan PDRM FC, 4-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, semalam.





Dalam aksi itu, jaringan NSFC diperoleh menerusi Barathkumar, Alain Thierry Akono, Muhamad Fahmi Faizal dan jaringan sendiri, Muhamad Eskandar Ismail manakala gol tunggal PDRM disumbangkan G Durrkeswaran dan Muhamad Azrie Reza Zamri.

Mengulas lanjut kejayaan mereka menjulang kejuaraan Liga Perdana, Devan berkata, pencapaian itu juga memberikan status yang lebih baik kepada skuad Hobin Jang Hobin dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini.

Devan kembali membimbing NSFC selepas melatih Petaling Jaya City FC sebelum ini. Beliau yang juga anak negeri bukan nama asing kerana pernah memulakan tugas selaku ketua jurulatih Piala Presiden pada 2001 dan 2002 dan seterusnya melatih skuad senior bermula 2003.

Dia yang berjaya menghadiahkan kejuaraan Piala FA buat Negeri Sembilan pada 2003 dan seterusnya menjulang kejuaraan sulung Liga Super edisi 2005/2006.

Pengendali berusia 62 tahun itu mengakui turut gembira dan teruja kerana dapat membawa NSFC beraksi di saingan Liga Super musim hadapan secara merit.





Mengenai cabaran menghadapi kempen Kumpulan C Piala Malaysia yang bermula Ahad ini, Devan berkata NSFC akan berusaha memberikan saingan yang terbaik.

Kejayaan paling bermakna Hobin Jang Hobin


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/23/kim-swee-akui-tiada-tekanan-dari-pengurusan-pasukan/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker