Kelantan FC fokus Piala Malaysia

Kelantan FC fokus Piala Malaysia
Pemain Selangor FC II, Muhammad Azrin Afiq Rusmini (kanan) diasak pemain Kelantan FC, Muhammad Haziq Mohd Subri (kiri) pada aksi Liga Perdana di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, semalam. – NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Kelantan FC fokus Piala Malaysia

KOTA BHARU: Kelantan FC akan memulakan segera persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini yang dijadual bermula pada Ahad ini, kata penolong ketua jurulatih pasukan, Rezal Zambery Yahya.

“Pasukan perlu memulakan persiapan dengan segera untuk berdepan dengan barisan lawan yang lebih baik. Bagaimanapun, saya tidak boleh memandang rendah kepada pemain saya dan sudah pasti kita akan buat yang terbaik nanti.

“Esok (hari ini) pemain diberikan cuti tapi lusa (esok) akan mulakan balik persiapan secara serius kerana sekarang bukan masa untuk berehat sebaliknya tumpukan pada permainan,” katanya selepas aksi Liga Perdana, Kelantan FC menentang Selangor FC II di sini, semalam.

Dalam aksi terakhir di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Kelantan FC menundukkan Selangor FC II 2-1 menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani dan Syed Sobri Syed Mohd manakala gol pelawat oleh Nik Umar Nik Azizi.

Rezal berkata kemenangan yang diraih semalam adalah hasil persembahan yang cukup baik daripada semua pemainnya walaupun menerima banyak tekanan daripada pasukan lawan.





“Apa yang membanggakan saya walaupun ditekan pasukan lawan, pemain tetap melakukan kerja yang bersungguh-sungguh bagi menghalang tekanan. Boleh dikatakan semua pemain kesebelasan utama dan gantian menunjukkan pemainan yang cukup baik,” katanya.

Sambil menyifatkan majoriti daripada pemainnya adalah pemain muda, beliau berkata dari segi persembahan mereka sudah mampu dibanggakan tapi kurang pengalaman mendorong kepada kekalahan itu.

“Kami mendahului perlawanan dengan cukup baik apabila berjaya menjaringkan gol pertama namun kelegaan itu tidak lama apabila Kelantan FC membalas jaringan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Kelantan FC fokus Piala Malaysia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/23/3849/





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker