Kes ‘Joe Ferrari’ dedah amalan rasuah polis Thailand

Kes 'Joe Ferrari' dedah amalan rasuah polis Thailand
Thitisan Utthanaphon, yang dikenali sebagai ‘Joe Ferrari’ didakwa atas salah guna kuasa dan beberapa kesalahan lain. – Foto AFP

Kes ‘Joe Ferrari’ dedah amalan rasuah polis Thailand

BANGKOK: Satu rakaman bocor yang menunjukkan proses soal siasat secara ganas, membongkar kegiatan rasuah seorang anggota polis yang hidup mewah.

Kisah polis itu seakan-akan filem blokbuster, namun hakikatnya ia adalah realiti yang mencengkam Thailand sejak beberapa minggu lalu dan mendedahkan amalan rasuah membabitkan anggota polis, yang didakwa beberapa pakar sudah menelusur ke setiap peringkat masyarakat di negara itu.

Kes membabitkan bekas ketua balai polis di sebuah wilayah luar bandar, Thitisan Utthanaphon, yang dikenali sebagai ‘Joe Ferrari’ kerana kehidupan mewahnya, mencetus desakan reformasi.

Pegawai polis berusia 41 tahun itu didakwa atas tuduhan pembunuhan, salah guna kuasa dan beberapa kesalahan lagi selepas seorang suspek berkait kes dadah lemas apabila mukanya ditekup dengan enam beg plastik, dalam cubaan memeras wang berjumlah AS$60,000 (RM250,000).





Dalam langkah kebiasaan yang disifatkan sebagai rasuah sistematik, Thitisan kemudian dipindahkan ke biro polis di wilayah berhampiran, yang diketuai oleh bapa kepada kekasihnya, yang juga seorang pembaca berita.

Namun, keadaan tidak memihak kepadanya apabila seorang lagi peguam mendedahkan video yang dibocorkan seorang polis muda, yang menunjukkan Thitisan melemaskan suspek yang digari, sambil beberapa pegawai polis lain memegang mangsa.


​Disyorkan Untuk Anda :


Rakaman itu menjadi tular, mengejutkan seluruh negara dan memaksa polis menahan Thitisan dan beberapa anggota lain.

Thitisan mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan.

Peguam yang mendedahkan video itu, Sittra Biabungkerd, memberitahu AFP bahawa pendedahan itu dilakukan kerana dia mahu menghentikan amalan ‘polis membantu antara satu sama lain untuk terlepas daripada melakukan pembunuhan’.





“Ramai orang menganggap menyoal siasat suspek menggunakan beg plastik hitam sudah tidak berlaku kerana zaman sudah berubah, namun kes ini membuktikan realitinya ia masih berlaku secara tersembunyi,” katanya.

Susulan penangkapan itu, gaya hidup mewah Thitisan mula mendapat perhatian media, dan penyiasat memaklumkan lelaki itu memiliki sebuah rumah agam di Bangkok.

Thitisan turut memiliki 42 kereta mewah, termasuk sebuah Lamborghini Aventador berharga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) dan harta kekayaan dianggarkan sekitar AS$18 juta (RM75 juta), walaupun hanya memiliki gaji bulanan kira-kira AS$1,300 (RM5,400). – AFP

Kes ‘Joe Ferrari’ dedah amalan rasuah polis Thailand


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/23/suami-isteri-mati-ditembak/





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker