Lahar gunung berapi musnahkan 320 bangunan di Sepanyol

Lahar gunung berapi musnahkan 320 bangunan di Sepanyol
LOS LLANOS DE ARIDANE: Lahar gunung berapi yang mengalir menuruni cerun di pulau La Palma, Sepanyol, memusnahkan 320 bangunan dan lebih 154 hektar tanah.
Nilai kemusnahan harta benda itu adalah dua kali ganda berbanding anggaran badan pemantau gunung berapi Eropah, Copernicus, dalam tempoh 24 jam sebelumnya.
Copernicus menggunakan imej radar udara bagi memantau keluasan muntahan lava dan memaklumkan perkembangan terkini menerusi Twitter.
“Dalam tempoh beberapa jam lalu, pergerakan lahar semakin perlahan, ia kini bergerak sekitar 300 meter sejam, mungkin lebih perlahan, kerana ia menghampiri kawasan mendatar, namun ketinggiannya makin bertambah.
“Ada beberapa kawasan tertentu yang sudah mencatat ketebalan lahar setinggi 15 meter,” katanya kepada AFPTV


Katanya, jika lava itu yang bersuhu 1,100 darjah Celsius terus bergerak dengan kelajuan yang sama, ia akan tiba ke laut hari ini atau esok, yang mungkin mencetus letupan.
“Akan terdapat pertembungan yang besar antara air dan lava. Dengan perbezaan suhu yang ketara, ia akan menyebabkan letupan besar dan serpihan lava akan meledak seperti misil,” katanya.
Letusan gunung berapi di pulau itu yang didiami kira-kira 85,000 individu, adalah yang pertama dalam tempoh 50 tahun, dan memaksa sekitar 6,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing, namun belum ada dilaporkan cedera setakat ini.
Involcan percaya letusan La Cumbre Vieja boleh berterusan antara 24 hingga 84 hari. – AFP


Lahar gunung berapi musnahkan 320 bangunan di Sepanyol
Disyorkan Untuk Anda :
- PM DEDAHKAN PEMBAZIRAN WANG RAKYAT DI ERA MAHIADDIN
- TENGKU RAZALEIGH LETAK JAWATAN
- PERKEMBANGAN TERKINI ISU KUIL HINDU CEROBOH TAPAK MASJID DI TAMPIN
- AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN ‘BABY GIRL’
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/23/pejuang-taliban-antara-3-korban-serangan-di-jalalabad/