Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Ke Atas Pengarang Sarawak Report

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu mengeluarkan waran tangkap ke atas pengarang Sarawak Report berikutan gagal hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Majistret Nordiana Abd. Aziz selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh, Clare Rewcastle Brown, 62.

Rewcastle Brown didakwa membuat tohmahan yang merosakkan nama baik baginda dalam buku The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.





Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 23 November ini.

 

Sumber:

Utusan Online





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker