Pejuang Taliban antara 3 korban serangan di Jalalabad

Pejuang Taliban antara 3 korban serangan di Jalalabad
Pejuang Taliban mengawal laluan di Herat. – Foto AFP

Pejuang Taliban antara 3 korban serangan di Jalalabad

JALALABAD: Dua pejuang Taliban dan orang awam terbunuh dalam serangan di pusat pemeriksaan di timur Afghanistan, menurut sumber keselamatan dan saksi.

Serangan di bandar Jalalabad hari ini adalah yang terbaharu menyasarkan Taliban di wilayah Nangarhar yang menjadi pangkalan operasi utama kumpulan militan DAESH-Afghanistan sejak bertahun.

Menurut sumber keselamatan dan saksi, serangan dilakukan lelaki bersenjata tidak dikenali yang menaiki beca di daerah Ghawchak.

Taliban mengesahkan serangan itu, namun menyatakan semua mangsa adalah orang awam.





Dalam insiden berlainan, penduduk memberitahu AFP bahawa dua pejuang Taliban cedera ketika cuba menanggalkan alat peledak buatan di Jalalabad.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut berkaitan.

Militan DAESH-Khorasan (IS-K), kumpulan pejuang tempatan mengaku bertanggungjawab terhadap beberapa serangan minggu lalu di Jalalabad yang mengorbankan dua orang.

IS-K juga mendakwa melakukan serangan berdarah yang mengorbankan lebih 100 orang di lapangan terbang di Kabul, penghujung Ogos lalu. – AFP

Pejuang Taliban antara 3 korban serangan di Jalalabad


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/23/kes-joe-ferrari-dedah-amalan-rasuah-polis-thailand/

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker