Pengumuman Kebenaran Rentas Negeri Dari PM, Berita Yang Di Tunggu Tunggu Rakyat

Sudah lebih satahun rakyat Malaysia tidak dapat melakukan perjalanan merentas negeri akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.

Akibatnya, ramai ibubapa yang berada di kampung menantikan kepulangan anak cucu yang sangat dirindui.

Kini, penantian selama lebih dari setahun itu akan berkahir.

Mengikut kenyataan Perdana Menteri, DS Ismail Sabri, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan.





Sasaran 90% itu dijangka dapat dicapai dalam masa dua hingga tiga minggu sahaja lagi.

Brliau juga mengumumkan 80% populasi dewasa di negara ini telah lengkap divaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Semakin ramai populasi dewasa melengkapkan vaksinasi mereka, semakin cepat kita akan dapat balik kampung untuk bertemu dengan orang-orang tersayang.

Marilah kita bersama-sama memastikan ahli keluarga kita, saudara mara kita serta jiran tetangga kita melengkapkan vaksinasi mereka dengan segera.

Selain dari dapat balik kampung, kita juga akan dapat membebaskan rakyat dan negara dari pandemik Covid-19, In Sya Allah.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker