Polis tahan 6 lelaki, rampas syabu bernilai RM3.87 juta

Polis tahan 6 lelaki, rampas syabu bernilai RM3.87 juta
GEORGETOWN: Polis menahan enam lelaki dan merampas 107.5 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.87 juta yang cuba diseludup ke luar negara dalam serbuan di jeti pendaratan ikan Sungai Acheh, di Daerah Barat Daya di sini Isnin lalu.
Serbuan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan Marin Wilayah Satu, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan (SPS).
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata serbuan pertama di jeti pendaratan ikan di Sungai Acheh, Balik Pulau pada jam 2.30 petang membawa kepada penahanan dua lelaki warga tempatan dan tiga warga asing.
Disyorkan Untuk Anda :
- BUKIT AMAN AMBIL ALIH SIASATAN KES NAJIB, LHDN
- JANNA NICK DIKECAM LAGI SEKALI
- NEGERI SEMBILAN RAIH KEJAYAAN MENANG LIGA PERDANA
Katanya, menerusi serbuan itu, polis merampas syabu dianggarkan seberat 107.5 kg dalam 100 bungkusan teh yang ditemukan dalam bot gentian kaca.
“Ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah dan seorang daripadanya mempunyai rekod lampau mengikut Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen 1956/63.
Mohd Shuhaily berkata siasatan awal mendapati aktiviti pengedaran dadah itu bergiat aktif sejak awal September dan dipercayai bagi pasaran negara jiran.
Katanya, polis turut merampas masing-masing dua kereta dan motosikal selain wang tunai bernilai RM1,000.
“Dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 537,500 penagih jika terlepas ke pasaran.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup jika disabitkan kesalahan,” katanya.
Polis tahan 6 lelaki, rampas syabu bernilai RM3.87 juta
Disyorkan Untuk Anda :
- PM DEDAHKAN PEMBAZIRAN WANG RAKYAT DI ERA MAHIADDIN
- TENGKU RAZALEIGH LETAK JAWATAN
- PERKEMBANGAN TERKINI ISU KUIL HINDU CEROBOH TAPAK MASJID DI TAMPIN
- AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN ‘BABY GIRL’
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/23/sindiket-scammer-terkedu-diserbu-polis/