Suami isteri mati ditembak

Suami isteri mati ditembak

Suami isteri mati ditembak

MIRI: Sepasang suami isteri ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tembakan pada badan, di Kampung Beraya Bekenu, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 60 tahun dan isterinya yang juga warga Indonesia berusia 40 tahun ditemui dalam bilik tidur rumah mereka pada kira-kira jam 7 pagi.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Hakemal Hawari, berkata sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Miri dan anggota dari Balai Polis Bekenu dikerahkan ke lokasi sebaik saja menerima laporan kes berkenaan.





“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan bagaimana kejadian berlaku,” katanya kepada BH, hari ini.

Hakemal berkata, mayat pasangan berkenaan dibawa ke Hospital Miri untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mayat pasangan itu ditemui adik lelaki mangsa, selepas terdengar anak mereka menangis.

Dia yang kemudiannya cuba meninjau melalui cermin tingkap bilik pasangan itu terkejut apabila melihat kedua-duanya berlumuran darah.

Selaras senapang patah juga dijumpai di atas dada mangsa lelaki.





Suami isteri mati ditembak


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/23/polis-tahan-6-lelaki-rampas-syabu-bernilai-rm3-87-juta/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker