Video Lori Tentera Jepun Bergerak Tanpa Pemandu Di Segamat, Johor

Video yang pernah tular sedikit masa dahulu kini ditularkan semula di media sosial.

Video berdurasi 1:11 saat untuk menunjukkan sebuah lori yang dikatakan diguna oleh tentera Jepun di era Perang Dunia Kedua bergerak sendiri tanpa pemandu.

Ianya mendapat pelbagai respon dari netizen.

“Hantu manalah usik orang siang-siang hari”.

“Sah-sah kantoi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)”.





“Buat malu tentera Nippon buat kerja macam ini,” ulas seorang pengguna Facebook.

Ada juga pengguna media sosial yang berasa hairan dan mengajak pengguna lain memerhatikan tayar lori itu yang tidak berputar seperti bergerak di awang-awangan.

Tidak kurang juga yang menzahirkan rasa seram dan meremang bulu roma apabila menonton video itu berulang kali walaupun ia berlaku di siang hari.

Terdapat juga pengguna media sosial yang tidak menafikan kewujudan entiti daripada alam ghaib.

Pengguna media soslal meminta pihak yang bertanggungjawab tampil membuat pengakuan dan menjelaskan mengenai video itu.





 

Sumber:

Berita Harian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker