Wahai MB Kedah, Cukup-Cukuplah Dengan Perangai Rekayasa Cerita Pak Pandiaq

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, memang kerap keluarkan kenyataan bercanggah dan pelik.

Kalau kita masih ingat, pada bulan Disember 2020, beliau telah mengumumkan satu mineral baharu Rare Earth Element (REE) yang dianggarkan bernilai RM62 bilion tersimpan di bawah bumi ditemui di Daerah Sik.

Beliau juga telah memaklumkan Majlis Tanah Negara telah bermesyuarat dua bulan dahulu telah meluluskan satu rangka dasar mineral negara yang akan dimuktamadkan.

Baca di sini:

https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/02/kedah-temui-mineral-baharu-dianggar-bernilai-rm62-bilion/





Dan sekarang, berita tentang REE yang ditemui itu senyap begitu sahaja walau pun PAS sudah mendominasi Kerajaan Negeri Kedah dan juga merupakan sebahagian dari Kerajaan Pusat, malah Setiausaha Agung PAS, Takiyudin Hasan, adalag Menteri Tenaga & Sumber Asli.

Selepas itu timbul pula isu beliau melanggar SOP Perintaj Kawalan Pergerakan apabila tular di media sosial, beliau memandu uji sebuah kenderaan pikap di Auto City, Juru.

Selepas bersilat membuat penafian, namun akhirnya terdedah juga kesalahan yang beliau lakukan apabila beliau membayar kompaun.

Baca di sini:

1) https://www.google.com/amp/s/malaysiagazette.com/2021/06/08/mb-kedah-tidak-perlu-beri-alasan/%3famp





2) https://www.utusan.com.my/nasional/2021/07/langgar-sop-di-auto-city-juru-mb-kedah-bayar-kompaun-rm1500/

Dan terkini, beliau membuat satu lagi pendedahan dengan mendakwa kononnya mantan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir bertanggungjawab memindahkan RM13 juta dari akaun Perbadanan Menteri Besar Kedah ke Kanada.

Baca di sini:

https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/09/867009/sanusi-dakwa-mukhriz-pindah-wang-rm13-juta-ke-kanada

Tetapi apabila mendapat respon yang agak keras dari Mukhriz, kenyataan beliau berubah.





Baca di sini:

https://babab.net/out/pindah-rm13-juta-ke-kanada-tidak-di-lakukan-oleh-mukhriz-sebab-itu-dia-nampak-terkejut.html

Edisi Siasat tidak memihak kepada mana-mana parti politik sebab kami bersikap berkecuali, kami cuma melakukan pendedahan berdasarkan maklumat yang diyakini sahih.

Tetapi nasihat kami kepada Sanusi, sudah-sudahlah menjadi Pak Padiaq, tumpukanlah kepada masalah rakyat dan negeri Kedah sebab itulah tanggungjawab hakiki.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker