WAN BESI NAFI BANTU SAJJAD LARI KE THAILAND

WAN BESI NAFI BANTU SAJJAD LARI KE THAILAND

WAN BESI NAFI BANTU SAJJAD LARI KE THAILAND

“Anak guam saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung dan beliau kini mengusahakan ternakan lembu. Penduduk setempat mengenali beliau sebagai Wan Besi,” kata Peguam Zuhair Ahmad Zakuan yang mewakili lelaki berusia 51 tahun itu kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar pada semalam.

Ini kerana, ‘Wan Besi’ menafikan bahawa beliau terlibat membantu usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat lolos ke negara jiran menerusi Padang Besar.

Tambah peguam itu, anak guamnya hanya seorang penternak lembu dan sama sekali tidak terbabit dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara itu.





Untuk info, semalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu mendakwa bahawa Wan Besi sebagai pengkhianat negara kerana membantu usahawan kosmetik itu melarikan diri ke Thailand.

Terkini, tuduhan itu disifatkan Zuhair sebagai berat dan tidak berasas sama sekali dan anak guamnya tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Tujuan anak guam saya datang ke sini (IPD Kangar) untuk membuat penjelasan serta membersihkan namanya dan saya akan berbincang dengan Wan Besi sama ada ingin membuat laporan polis selepas ini,” ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Sinar.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Mohd Anuar Junoh ketika dihubungi Sinar berkata, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang waran tangkap kepada individu tersebut kerana kes Muhammad Sajjad dikendalikan oleh Bukit Aman.

WAN BESI NAFI BANTU SAJJAD LARI KE THAILAND


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/23/anak-nazrief-positif-covid-19/

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker