Warga Nepal Di Tahan Kerana Membuang Bayi Berumur 2 Hari

Seorang wanita warga Nepal ditahan selepas disyaki menyembunyikan kelahiran bayi lelaki.

Mayat bayi lelaki yang berusia 2 hari ditemui di dalam bilik asrama pekerja.

Wanita berusia 38 tahun yang juga pekerja kilang ditahan kira-kira 12 tengah hari semalam (Rabu), ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pada 9.10 pagi semalam, pihaknya menerima panggilan telefon daripada pekerja sebuah kilang yang mendakwa seorang wanita warga Nepal melahirkan anak.





Susulan itu, sepasukan polis bersama pasukan forensik bergegas ke lokasi kejadian dan menemui mayat bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat di dalam plastik hitam.

“Siasatan awal dijalankan mendapati, jam 1.30 pagi Isnin, suspek ada meminta pemandu van kilang untuk membawanya ke klinik panel atas alasan sakit kaki”.

“Bagaimanapun, suspek kemudian dirujuk ke Hospital Alor Gajah kerana disyaki baru sahaja keguguran lalu dirujuk ke Hospital Melaka untuk tindakan lanjut”.

“Pengurus kilang memeriksa kembali bilik suspek dan kemudiannya menjumpai mayat bayi itu lalu menghubungi polis”.

“Mayat bayi yang dipercayai baru dua hari dilahirkan itu kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan polis juga kini sedang mengesan teman lelaki suspek yang juga berusia 38 tahun dan difahamkan mereka tidak bekerja di tempat sama,” katanya.





Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

 

Sumber:

hmetro.com





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker