6 maut dalam nahas pesawat di Russia

6 maut dalam nahas pesawat di Russia
MOSCOW: Enam anak kapal terbunuh selepas pesawat pengangkut Russia yang mereka naiki terhempas berhampiran bandar Khabarovsk di Far Eastern.
Bangkai pesawat itu ditemui pasukan pencarian selepas ia dikesan hilang daripada radar sejak semalam.
Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan serpihan pesawat pengangkut Antonov An-26 berselerakan bersama-sama dahan pokok yang patah.
“Semua anak kapal meninggal dunia. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,” kata Kementerian Kesihatan cawangan Khabarovsk dalam satu kenyataan hari ini.
Pesawat Antonov dibangunkan ketika era Soviet dan masih digunakan ketika pentadbiran Kesatuan Soviet untuk pengangkutan orang awam dan tentera.
Kementerian Bencana memaklumkan pihaknya mengambil masa lebih lima jam untuk sampai ke kawasan nahas yang berada di lokasi terpencil. – AFP
6 maut dalam nahas pesawat di Russia
Disyorkan Untuk Anda :
- 2 LELAKI YANG CUBA ‘MENCEROBOHI’ ISTANA NEGARA TEWAS
- MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS PENGARANG SARAWAK REPORT
- VIDEO LORI TENTERA JEPUN BERGERAK TANPA PEMANDU DI SEGAMAT, JOHOR
- BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/24/video-lori-terhoyong-hayang-terbalik-kerana-pemandu-penagih-syabu/