Amuk di pasar raya: Satu maut, 12 cedera

Amuk di pasar raya: Satu maut, 12 cedera
Pihak berkuasa melakukan siasatan di lokasi kejadian. – Foto Twitter

Amuk di pasar raya: Satu maut, 12 cedera

WASHINGTON: Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah pasar raya berhampiran Memphis, Tennessee, semalam, menyebabkan sekurang-kurang seorang terkorban dan 12 lagi cedera.

Menurut polis, penyerang terbabit dipercayai kemudian menembak mati dirinya.

Kejadian amuk itu berlaku di sebuah premis runcit Kroger di pekan pinggir bandar, Collierville yang terletak di timur Memphis.

“Seorang mangsa terbunuh, manakala penyerang turut mati dipercayai akibat tembakan sendiri,” kata Ketua Polis Collierville, Dale Lane, kepada pemberita.





Bagaimanapun, Lane enggan memaklumkan sama ada penyerang terbabit adalah kakitangan Kroger.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan agensi lain,” katanya. – AFP

Amuk di pasar raya: Satu maut, 12 cedera

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami






https://edisisiasat.com/2021/09/24/video-lori-terhoyong-hayang-terbalik-kerana-pemandu-penagih-syabu/

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker