BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK

BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK

BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK

“Mamat dah hensem la lepas kahwin. Pandai sis jaga.” – “Dah rupa Kamal Adli dah. Mamat sepah nie kan.” – “Betul la kan, kawen dengan orang cantik, auto jadi hensem Mamat ni.”

“Dah potong rambut dan berisi… Pandai kakak polisjaga.” – “Betul la orang kata laki ni bila dah jadi laki orang memang hensem. Tapi jangan risau, saya bini orang. hahahaha. Btw, pandai sis jaga Mamat.”

“Nampak bahagia dia tu. Pandai awakjaga dia, sampai berisi dah dia. Semoga berkekalan hingga ke syurga Allah.” itulah antara komen-komen netizen yang terkejut dengan dengan imej terbaharu pelawak Mamat Sepah yang kini bermisai dan berambut pendek.





Perkongsian isteri Mamat, Diana Ibrahim telah mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video terkini suaminya dengan penampilan yang semakin dijaga rapi.
Klik untuk gambar besar

Menerusi platform TikTok, Diana memuat naik sebuah video Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 36, untuk tatapan umum: “Morning my beloved husband,” tulis Diana yang merupakan seorang anggota polis di ruangan kapsyen.

BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK

Menerusi perkongsian berdurasi 19 saat itu, ramai wargamaya memuji penampilan Mamat yang kini semakin kacak sejak berumah tangga. Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terkejut dengan imej terbaharu pelawak itu yang kini bermisai dan berambut pendek.

Malah, ramai juga yang mendoakan agar bahtera perkahwinan yang dibina pada tahun lalu kekal hingga ke akhir hayat. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 215,000 tontonan daripada warga TikTok.





Untuk makluman, Mamat dan Diana berkahwin pada 1 Mac 2020 di Kulai Johor. Semasa majlis pernikahan, Mamat tampil dengan imej berambut panjang.

BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman Facebook Kami


https://edisisiasat.com/2021/09/23/warga-nepal-di-tahan-kerana-membuang-bayi-berumur-2-hari/

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker