EU wajibkan pengecas universal semua telefon bimbit

EU wajibkan pengecas universal semua telefon bimbit

EU wajibkan pengecas universal semua telefon bimbit

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan melaksanakan peraturan penggunaan pengecas universal untuk telefon pintar, yang menjejaskan Apple terutama kabel iPhone yang digunakan dengan meluas.

Suruhanjaya Eropah (EC) percaya kabel standard untuk semua gajet akan mengurangkan sisa elektronik, namun Apple berpandangan pengecas ‘satu saiz untuk semua’ akan menjejaskan inovasi dan mencetus lebih banyak pencemaran.

EU adalah pasaran yang luas dengan 450 juta penduduk dan pelaksanaan peraturan penggunaan kabel standard USB-C bakal mencetus kesan besar terhadap pasaran telefon pintar global.





Naib Presiden Eksekutif EU, Margrethe Vestager, berkata pengguna Eropah sudah lama kecewa dengan pelbagai jenis pengecas yang memenuhi kediaman mereka.

“Kami memberi tempoh masa yang lama kepada industri untuk mencari penyelesaian dan kini tiba masanya untuk penggubalan undang-undang barkaitan pengecas am,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

EU menegaskan, pengguna Eropah kini membelanjakan kira-kira 2.4 bilion euro (RM11.7 bilion) setahun untuk pengecas, tidak termasuk gajet elektronik.

Apple yang sudah mula menggunakan penyambung USB-C untuk beberapa iPad dan komputer riba, menyifatkan perundangan memaksa penggunaan pengecas universal untuk semua jenis telefon bimbit di EU sebagai tidak wajar. – AFP

EU wajibkan pengecas universal semua telefon bimbit





 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker