Hakim arah Facebook dedah maklumat anti-Rohingya
Hakim arah Facebook dedah maklumat anti-Rohingya
WASHINGTON: Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Facebook mendedahkan rekod akaun dikaitkan dengan keganasan terhadap Rohingya di Myanmar, yang disokong kerajaan negara itu.
Dalam keputusan semalam, Hakim Mahkamah Daerah Washington DC, Zia Faruqui, mengkritik gergasi media sosial itu kerana enggan memberi rekod itu kepada negara yang mahu mendakwa Myanmar di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Facebook enggan menerbitkan maklumat itu atas alasan ia perlu mematuhi undang-undang kerahsiaan peribadi di AS.
Namun, hakim berpandangan muat naik yang sudah dipadam tidak tertakluk di bawah perlindungan komunikasi peribadi pengguna.
“Menyimpan maklumat yang dipohon bererti menafikan peluang untuk memahami bagaimana maklumat salah mencetuskan genosid,” katanya, yang menyifatkan tindakan Facebook menggunakan hak asasi adalah sangat bertentangan.
Disyorkan Untuk Anda :
- PM DEDAHKAN PEMBAZIRAN WANG RAKYAT DI ERA MAHIADDIN
- TENGKU RAZALEIGH LETAK JAWATAN
- PERKEMBANGAN TERKINI ISU KUIL HINDU CEROBOH TAPAK MASJID DI TAMPIN
- AYDA JEBAT SELAMAT BERSALIN ‘BABY GIRL’
Facebook didakwa lambat bertindak balas terhadap hantaran menggambarkan etnik Rohingya menggunakan istilah menghina, bantu wujudkan sokongan terhadap tindakan ganas tentera yang memaksa lebih 740,000 minoriti tanpa negara itu melarikan diri dari Myanmar pada 2017.
Pada Ogos 2018, penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan antarabangsa dan pendakwaan terhadap ketua tentera dan lima komander kanan Myanmar atas tuduhan genosid, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang.
Pada hari yang sama, Facebook mengenakan larangan terhadap jeneral tentera itu daripada semua pentas sosialnya.
Hari ini, Facebook memaklumkan sedang meneliti keputusan hakim itu dan menegaskan sudah mendedahkan secara sukarela kepada Mekanisma Siasatan Bebas untuk Myanmar (IIMM) Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Badan berkenaan sedang mengumpul dan meneliti bukti jenayah antarabangsa yang serius di negara Asia Tenggara itu.
“Kami kekal terkejut dengan kekejaman terhadap Rohingya di Myanmar dan menyokong keadilan untuk jenayah antarabangsa.
“Kami kekal komited untuk mendedahkan maklumat berkaitan kepada pihak berkuasa dan mendedahkannya kepada IIMM sepanjang tahun lalu.
“Kami secara sukarela, selaras dengan undang-undang, akan terus berbuat demikian selagi kes terhadap Myanmar berterusan,” kata jurucakap Facebook dalam satu kenyataan. – AFP
Hakim arah Facebook dedah maklumat anti-Rohingya
Disyorkan Untuk Anda :
- 2 LELAKI YANG CUBA ‘MENCEROBOHI’ ISTANA NEGARA TEWAS
- MAHKAMAH KELUARKAN WARAN TANGKAP KE ATAS PENGARANG SARAWAK REPORT
- VIDEO LORI TENTERA JEPUN BERGERAK TANPA PEMANDU DI SEGAMAT, JOHOR
- BILA MAMAT SEPAH TAMPIL SEGAK BERAMBUT PENDEK
Lawati Laman Facebook Kami
https://edisisiasat.com/2021/09/24/ronaldo-upah-pengawal-keselamatan/