Isu ‘Dasar Kayakan Jiran’ Mantan Menteri Wilayah ‘Di Telanjangkan’ Dalam Parlimen

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, mendakwa kini Kementerian Wilayah Persekutuan mengamalkan dasar ‘kayakan jiran kamu’.

“Saya kagum dengan dasar Kementerian Wilayah Persekutuan yang dulu saya jadi menteri, saya tidak tahu ada”.

“Dasar ‘kayakan jiran kamu’ sepeti mana kita dengar video di mana jiran mantan Menteri Wilayah telah mendapat tanah sebanyak 2.9 ekar di Jalan Peel, sedangkan syarikatnya hanya paid up capital (modal berbayar) hanya RM100 sahaja”.

“Tapi dia ada dasar ‘kayakan jiran kamu’, maka dia beri projek itu kepada jiran dia di Kelantan, sindir Khalid Samad semasa perbahasan di dalam Dewan Rakyat.

Malaysia Dateline melaporkan, salah seorang Lembaga Pengarah syarikat yang ‘dianugerahkan’ tanah itu bukan setakat jiran tetapi juga adalah anak saudara kepada bekas menteri tersebut.





Khalid juga mendedahkan isu mengenai stadium bola sepak Kuala Lumpur yang dipajakkan kepada seorang lagi jiran mantan Menteri Wilayah, yang duduk di Damansara Height, inilah dasar Kementerian Wilayah Persekutuan yang dipimpin mantan menteri bukan saya  dakwanya.

Untuk rekod, Khalid Samad telah digantikan oleh Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan apabila Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan dari Pakatan Harapan dan selepas itu digantikan pula oleh Shahidan Kassim hingga sekarang selepas Perikatan Nasional tumbang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker